Matic: Pengalaman bantu Solskjaer berkembang

Shaiful Shamsudin
Februari 29, 2020 02:10 MYT
Pemain tengah Manchester United, Nemanja Matic, berkata Ole Gunnar Solskjaer menjadi pengurus yang lebih baik berbanding tahun lalu.
Selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam tujuh perlawanan pada awal tahun ini, The Red Devils telah menunjukkan tanda-tanda kemajuan yang menggalakkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terutama sejak menandatangani Bruno Fernandes pada Januari lalu.
Kejayaan membelasah Club Brugge 5-0 semalam yang menyaksikan United belum tewas dalam tujuh perlawanan selain rekod bersih tidak dibolosi dalam enam perlawanan.
Menjelang perlawanan Liga Europa dengan LASK dan pusingan kelima Piala FA bertemu Derby County, United menaruh harapan tinggi untuk mengakhiri musim ini dengan trofi.
Mereka juga hanya tiga mata di luar kelompok empat pasukan teratas, justeru tiket Liga Juara-Juara (UCL) dianggap sasaran yang realistik.
Jawatan Solskjaer di bawah pemerhatian ketika mereka menghadapi tempoh yang tetapi Matic, yang pada awalnya bergelut untuk merebut tempat semakin mendapat hati pengurus kelahiran Norway itu, menganggap pengurusnya itu semakin berpengalaman.

3 - Manchester United are three goals ahead at half-time at Old Trafford for the first time since December 2018 under José Mourinho (3-0 v Fulham in the Premier League). Dominant. #UEFAEuropaLeague pic.twitter.com/z143b3EcpW

— OptaJoe (@OptaJoe) February 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dia bertambah baik kerana telah menimba lebih banyak pengalaman," kata Matic kepada Sky Sports.
"Seperti setiap pengurus, misalnya Carlo Ancelotti, sudah tentu tidak akan sama berbanding 20 tahun yang lalu. Pengetahuannya lebih luas, dia mempunyai pengalaman yang lebih banyak. Pastinya hal itu terjadi dengan Ole.
"Dia seorang pengurus yang lebih baik berbanding setahun yang lalu. Ini kerana dia sudah mengenali pemain-pemain, dia tahu apa yang perlu dilakukannya sebelum dan selepas perlawanan. Bagi jawatannya itu, pengalaman sangat penting."
United akan berhadapan Everton di Goodison Park dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam esok sebelum pertembungan dengan Derby pada Khamis depan.
Mereka kemudian akan menjadi tuan rumah kepada juara bertahan EPL, Manchester City, pada 9 Mac.
#Manchester United #Nemanja Matic #EPL #Liga Perdana Inggeris #Ole Gunnar Solskjaer #The Red Devils