Mata mahu kekal di Old Trafford

Sacha Pisani
Februari 25, 2017 18:09 MYT

Juan Mata mahu melanjutkan kontraknya bersama Manchester United kerana mengidamkan kejayaan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL).

Mata tiba di Old Trafford dari Chelsea pada 2014 dan pemain kebangsaan Sepanyol itu telah membuat penampilan lebih daripada 100 perlawanan serta memenangi Piala FA dan Perisai Komuniti.
Kontrak pemain berusia 28 tahun itu bakal tamat pada 2017-18 dan berharap untuk terus menyarung jersi The Red Devils buat masa akan datang.
"Saya mahu kekal di Old Trafford, saya sangat gembira sejak tiba di sini sejak memenangi Piala FA, Perisai Komuniti dan memiliki peluang untuk memenangi satu lagi trofi," katanya.
Mata dan rakan sepasukan sedang membuat persiapan bagi menghadapi aksi final Piala EFL berdepan Southampton di Wembley, malam ini.

? We're the famous Man United and we're going to Wembley! ? pic.twitter.com/FHWnk798Va

— Manchester United (@ManUtd) February 25, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.