Masters Indian Wells: Dimitrov ke separuh akhir dengan kemenangan bersejarah

Muzaffar Musa
Oktober 15, 2021 01:08 MYT
Grigor Dimitrov meneruskan prestasi cemerlangnya dengan kemenangan getir ke atas Hubert Hurkacz dalam Kejohanan Tenis Masters Indian Wells untuk menempah tempat menentang Cameron Norrie dalam separuh akhir.
Selepas menyingkirkan Danill Medvedev dalam pusingan terdahulu, bekas pemain nombor tiga dunia itu bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain pilihan kelapan, Hurkacz, awal pagi tadi.
Bintang Bulgaria dan pemain pilihan ke-23 itu mara ke separuh akhir Masters 1000 ATP buat kali pertama sepanjang musim ini selepas merekodkan kemenangan 3-6, 6-4, 7-6 ke atas Hurkacz.
Dia juga membuktikan bahawa dia masih lagi 'raja kebangkitan' selepas menyelamatkan dua mata break ketika kedudukan terikat 3-3 dalam set kedua.
Semifinalis Terbuka Amerika Syarikat (2019), Terbuka Australia (2017) dan Kejohanan Wimbledon (2014) itu melepaskan kelebihan 5-2 dalam set terakhir sebelum memenangi penentuan 'tie-break' untuk merakamkan kemenangannya yang ke-100 dalam kejohanan bertaraf Masters 1000.

Glorious, Grigor ? @GrigorDimitrov rallies to reach his first #BNPPO21 semi-final, notching a 3-6 6-4 7-6(2) triumph over Hubert Hurkacz. pic.twitter.com/Rv1D9vHFjL

— Tennis TV (@TennisTV) October 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Grigor Dimitrov #ATP #Tenis #Hurbert Hurkacz #Tenis Masters Indian Wells