Selepas menyingkirkan Danill Medvedev dalam pusingan terdahulu, bekas pemain nombor tiga dunia itu bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain pilihan kelapan, Hurkacz, awal pagi tadi.
Bintang Bulgaria dan pemain pilihan ke-23 itu mara ke separuh akhir Masters 1000 ATP buat kali pertama sepanjang musim ini selepas merekodkan kemenangan 3-6, 6-4, 7-6 ke atas Hurkacz.
Dia juga membuktikan bahawa dia masih lagi 'raja kebangkitan' selepas menyelamatkan dua mata break ketika kedudukan terikat 3-3 dalam set kedua.
Semifinalis Terbuka Amerika Syarikat (2019), Terbuka Australia (2017) dan Kejohanan Wimbledon (2014) itu melepaskan kelebihan 5-2 dalam set terakhir sebelum memenangi penentuan 'tie-break' untuk merakamkan kemenangannya yang ke-100 dalam kejohanan bertaraf Masters 1000.
Glorious, Grigor ? @GrigorDimitrov rallies to reach his first #BNPPO21 semi-final, notching a 3-6 6-4 7-6(2) triumph over Hubert Hurkacz. pic.twitter.com/Rv1D9vHFjL
— Tennis TV (@TennisTV) October 14, 2021