Masters Cincinnati: Medvedev teruskan rentak cemerlang untuk ke suku akhir

Muzaffar Musa
Ogos 20, 2021 05:07 MYT
Daniil Medvedev meneruskan rekod cemerlangnya untuk mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Masters Cincinnati hari ini.
Jaguh Russia itu berada di prestasi terbaik untuk menyingkirkan Grigor Dimitrov dengan kemenangan 6-3, 6-3.
Pemain pilhan utama itu kini merekodkan tujuh kemeangan berturut-turut selepas muncul juara Terbuka Toronto minggu lalu.
"Apa yang menjadikan ia sukar (kejohanan kali ini) adalah ia dua minggu berturut-turut untuk anda berdepan pemain terbaik dunia.
"Saya masih muda, sihat dan dalam kondisi 100 peratus, jadi kerana itu saya mahu mencuba dan melakukannya," katanya.
Selepas ini, Medvedev akan menghadapi pemain pilhan ketujuh, Pablo Carreno Busta, yang menewaskan Hubert Hurkacz, 7-6, 7-6 dalam satu lagi perlawanan.

27-4 on hard courts this year ?@DaniilMedwed races past Dimitrov 6-3, 6-3 and into the QFs.#CincyTennis pic.twitter.com/pPmqst8R9w

— ATP Tour (@atptour) August 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ATP #Tenis #Daniil Medvedev #Tenis Masters Cincinnati