Jaringan Mason Greenwood ke atas Aston Villa semalam menyaksikan dia mengatasi Wayne Rooney untuk melakar rekod baru untuk jaringan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pemain belia buat Manchester United.

Greenwood meletakkan United di hadapan 2-1 sejurus selepas Bruno Fernandes menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti, pemain berusia 19 tahun itu menerima hantaran daripada Aaron Wan-Bissaka dan melepasi Tyrone Mings dalam satu gerakan sebelum melakukan rembatan leret di sebelah kanan.

United melengkapkan perlawanan dengan kemenangan 3-1, Edinson Cavani melengkapkan kemenangan apabila menanduk masuk hantaran Marcus Rashford.



Ia merupakan jaringan Greenwood yang ke-16 bagi saingan EPL sepanjang kariernya, selepas meledak gol sulung pada November 2019 sejurus mencecah usia 18 tahun.

Greenwood kini telah mengatasi 15 gol yang dicipta Rooney selaku pemain belia buat United.

Pemain kelahiran England itu dijangka menambah bilangan jaringan musim ini, selepas hanya mencecah usia 20 tahun Oktober ini.