Walaunpun terpaksa menunggu lama, Javier Mascherano akhirnya membuka akaun jaringannya untuk Barcelona.

Pada penampilan ke-319, Mascherano menjaringkan gol pertamanya untuk juara bertahan LaLiga itu dalam kemenangan 7-1 ke atas Osasuna, awal pagi tadi.

Selepas mendapat desakan rakan sepasukan, pertahanan tengah berusia 32 tahun itu -- yang berhijrah dari Liverpool ke Barca pada 2010 -- tampil menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-67 di Nou Camp.

"Pada mulanya, saya tidak mahu tetapi selepas tekanan daripada rakan sepasukan dan semua orang, saya memutuskan untuk mengambilnya," kata Mascherano.

"Ia akan menjadi masa yang menyeronokkan untuk diingati. Saya tidak pasti mengenainya tetapi ia adalah sukar untuk mengatakan tidak kepada rakan sepasukan."

Lionel Messi, Andre Gomes dan Paco Alcacer menemui sasaran dalam perlawanan itu ketika Barca kekal berada di tangga teratas LaLiga walaupun berkongsi mata dengan musuh tradisi, Real Madrid, yang mempunyai berbaki lebih satu perlawanan.