Chelsea mungkin sedia melepaskan N'Golo Kante secara percuma selepas rundingan kontrak baharunya "sangat senyap", menurut wartawan dari Itali, Fabrizio Romano, dalam podcast hari ini.

Kontrak pemain tengah Perancis berusia 31 tahun itu akan berakhir hujung musim ini tetapi setakat ini, perkembangan terhadap masa depannya di London tidak begitu rancak.

Kecederaan yang makin kerap menghimpitnya beberapa tahun kebelakangan ini antara faktor pemilik baharu The Blues, Todd Boehly, masih mahu menilai kelibatnya biarpun dia masih dalam perancangan.

Tambahnya pula sebagai pemain yang menerima gaji antara yang tertinggi, Kante sudah tidak beraksi hampir dua bulan apabila terlepas enam perlawanan.