Masa depan Messi tidak bergantung kepada Pochettino, PSG -- Koeman

Ammar Hakim
Disember 29, 2020 00:53 MYT
Ronald Koeman mendakwa tiada beza mengenai masa depan Lionel Messi jika Mauricio Pochettino mengambil alih Paris Saint-Germain (PSG).
Messi telah dikaitkan dengan penghijrahan meninggalkan Nou Camp sejak meluahkan keinginannya untuk berhijrah pada Ogos 2020, hanya memilih untuk kekal hinga penghujung musim ini di mana kontraknya berakhir, selepas gagal untuk memaksa mendapatkan perpindahan.
Penyerang Argentina itu berkata dia masih tidak tahu destinasinya tetapi mencadangkan berminat untuk beraksi di Amerika Syarikat.
Denganbekas pengendali Tottenham, dan rakan senegaranya, Pochettino, telah dikaitkan bakal mengambil alih PSG dan telah dicadangkan Messi dan kelab Ligue 1 itu kelihatan sesuai, terutama dengan Neymar mahu kembali bersatu dengan bekas rakan sepasukannya itu.
Tetapi ketua jurulatih Barcelona, Koeman, tidak berasakan terdapat korelasi automatik antara keduanya.
"Saya tidak tahu sama ada benar mengenai Pochettino ke PSG," kata Koeman. "Sekiranya Messi memutuskan masa depannya, itu tidak bergantung kepada jurulatih.
"Saya tidak melihat temu ramah [Messi] secara langsung, tetapi saya telah melihatnya. Saya selalu bersikap tenang dengan Messi dan saya tidak akan lebih tenang kerana dia mengatakan bahawa dia akan memutuskan pada akhir musim.
"Kita akan melihat apa yang boleh berlaku. Saya menghargai kata-kata Messi kerana dia adalah pemain yang sangat penting untuk kelab dan bola sepak.
"Sesiapa sahaja suka bercakap sendiri. Saya masih sama. Saya cuba menggerakkan pasukan ke hadapan, ini adalah tahun peralihan dan Messi adalah kunci proses ini."

? Back to training! ? Tito Vilanova pitch ? Leo Messi is expected to rejoin training after #BarçaEibar pic.twitter.com/njK2x7f2TL

— FC Barcelona (@FCBarcelona) December 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Barca mengharungi musim yang sukar di LaLiga dan berada di tempat kelima, lapan mata di belakang pendahulu Atletico Madrid.
#Barcelona #PSG #Mauricio Pochettino #Lionel Messi #Ronald Koeman #Eibar #Ligue 1 #La Liga