Marzuki harap Sabah curi mata di Stadium Sultan Ibrahim

Ammar Hakim
Mac 30, 2023 10:24 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Ahmad Marzuki Nasir, menegaskan tidak salah andai skuad kendalian Ong Kim Swee melebar hasrat yang tinggi menjelang aksi dengan JDT pada Jumaat.
Umum mengetahui, beraksi di Stadium Sultan Ibrahim bukan misi mudah, namun andai ia berakhir dengan satu mata, itu sudah dianggap sebagai pencapaian yang baik.
"JDT adalah pasukan yang dilihat sebagai penanda aras, jika kami memperoleh satu mata beraksi di tempat lawan adalah satu keputusan yang positif," kata Marzuki.
"Ia adalah baik untuk liga kerana setiap pasukan mahu mencipta sesuatu bertemu mereka jadi persiapan yang dilakukan haruslah di tahap terbaik dan optimum.
Sabah memiliki peluang untuk memintas pendahulu liga andai tiga mata berjaya dipastikan di Johor Bahru.

Sabah FC hari ini menandatangani Persefahaman (MoU) dengan FUJIFILM Malaysia (FMAL) dalam satu majlis yang berlangsung di Mercure Hotel, Glenmarie, Kuala Lumpur. ? Tn. Marzuki Nasir selaku CEO SFC manakala FUJIFILM diwaikili Pengarah urusan mereka En. Kensuke Aragane. pic.twitter.com/AFbnVxFs8x

— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) March 30, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#sabah #JDT #DemiLigaKita