Lautaro Martinez tidak akan tinggalkan Inter selepas terbit laporan mengenai Barcelona yang berminat menandatangani penyerang itu, menurut naib presiden, Javier Zanetti.

Martinez telah kuat dikaitkan dengan gergasi LaLiga, Barca dan ketika pandemik coronavirus memberi impak kepada kelab, khabar angin itu terus bertiup kencang.

Pemain kebangsaan Argentina itu telah meledak 21 gol dalam semua pertandingan ketika Inter menamatkan saingan di tempat kedua Serie A dan mara ke final Liga Europa musim lalu.

Dan rakan senegaranya, Zanetti, menolak cadangan penghijrahan Martinez menjelang musim 2020-21.
"Lautaro tidak akan meninggalkan Inter," kata Zanetti kepada Fox Sports. "Bukan sahaja Barcelona yang berminat dengannya, tetapi Lautaro mengetahui dia sudah bersama kelab yang berkaliber.

"Dia gembira di Itali, bukan sesuatu yang mudah. Saya berasakan di landasan yang betul."

Skuad Inter yang dibimbing Antonio Conte akan membuka musim baru Serie A berdepan Fiorentina 26 September ini.