Martinez lega Belgium menang tanpa trio bintang

Muzaffar Musa
September 6, 2020 05:53 MYT
Ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez, memuji pasukannya selepas mempamerkan kemampuan luar biasa ketika menundukkan Denmark 2-0 dalam perlawanan Liga Negara-Negara Eropah awal pagi tadi.
Pasukan nombor satu dunia itu turun tanpa kelibat Kevin De Bruyne dan Thibaut Courtois dalam kunjungan mereka ke Copenhagen manakala Eden Hazard kekal di bangku pemain simpanan sepanjang perlawanan itu.
Walaupun tanpa kehadiran beberapa tonggak utama, Belgium masih mampu merekodkan kemenangan ke-11 berturut-turut itu biarpun ia merupakan perlawanan pertama mereka selepas 10 bulan.
Jason Denayer dan Dries Mertens muncul penjaring dalam perlawanan itu dan Martinez lega apabila pemain bukan tonggaknya mampu memainkan peranan mereka untuk skuad The Red Devils itu merekodkan kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan A2.
"Selepas 10 bulan tidak beraksi bersama, kami perlu mendapatkan kembali rentak permainan," katanya kepada RTL Sport.

?? Belgium have won their last 11 games ?#NationsLeague pic.twitter.com/5Viz7A0gJ6

— UEFA Nations League (@EURO2020) September 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Disebalik semua itu, kami masih dapat memberikan ancaman, menjaringkan satu gol menarik dan mengekalkan semangat yang baik sepanjang permainan.
"Saya gembira dengan kemenangan ini.
"Kami kehilangan pemain seperti De Bruyne, Hazard dan Courtois tetapi mereka telah menunjukkan bahawa mereka tahu bagaimana untuk memenangi perlawanan ini. Ia luar biasa!
"Mungkin akan ada perubahan pemain dalam perlawanan berikutnya kerana sesetengah pemain tidak boleh beraksi lebih daripada 90 minit.
"Thomas Meunier mungkin diturunkan tetapi kami mungkin tidak melakukan terlalu banyak perubahan kerana kami perlu mendapatkan rentak," katanya.
Denayer, yang menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam penampilannya yang ke-14, bersetuju dengan pandangan jurulatihnya itu selepas beraksi hebat di Stadium Parken.
"Ia amat sukar pada awalnya tetapi kami mendapat rentak sebaik perlawanan berkembang.
"Kami kehilangan beberapa pemain dan kami masih menang.
"Ia menujukkan pasukan ini amat kuat," katanya.

? @Jasondenayer is the Devil of the Match against Denmark ? #DENBEL #NationsLeague #COMEONBELGIUM ?? pic.twitter.com/xPiumxbkcv

— Belgian Red Devils (@BelRedDevils) September 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Belgium #Roberto Martinez #Liga Negara-Negara Eropah