Penyerang Manchester United, Anthony Martial yakin dia akan menemui semula persembahan terbaiknya musim ini setelah mengalami kecederaan pada kempen 2020-21.

Martial terlepas penghujung musim 2020-21 kemudian gagal tersenarai dalam skuad Euro 2020 Perancis kerana kecederaan lutut yang dialami pada bulan Mac.

Pemain berusia 25 tahun itu -- yang dibawa dari Monaco pada 2015 -- menjaringkan tujuh gol dalam 36 perlawanan musim lalu, membantu United merakamkan 21 kemenangan.

Ketika United memperkuatkan jentera serangan dengan kehadiran Jadon Sancho dari Borussia Dortmund, Martial telah dikaitkan dengen perpindahan menyertai juara Serie A, Inter -- yang kelihatan hampir melepaskan Romelu Lukaku ke Chelsea -- sebagai destinasi seterusnya.

Namun, laporan juga menunjukkan bahawa United tidak berniat menjual Martial, yang bermaksud untuk menaruh harapan ke atas pemain tersebut.

"Saya berasa jauh lebih baik setelah lima bulan yang panjang," kata Martial.

"Kembali bersama pasukan dan berlatih bersama mereka benar-benar membuat saya menghasilkan peningkatan yang hebat. Saya memerlukan beberapa minggu lagi untuk mencapai tahap kecergasan terbaik saya, dan saya sangat gembira sekarang telah kembali ke menjalani latihan.



"Sejujurnya, saya sangat gembira dapat turun [menentang Everton] setelah berbulan-bulan tanpa bermain, sungguh luar biasa untuk kembali ke sana, terutama dengan kehadiran peminat serta melakar kemenangan, cukup baik.

"Saya harap dapat mengelakkan kecederaan, dan benar-benar bersiap sedia agar dapat menjalani musim yang hebat, dan memenangi beberapa piala."

United memulakan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Leeds United Sabtu ini.