Pertahanan Barcelona, Marlon Santos telah dipinjamkan ke Nice untuk tempoh dua tahun.

The Catalans telah membenarkan pemain Brazil itu menyertai Ligue 1 sehingga 2019 namun memiliki pilihan untuk membawa pulang pemain itu ke Camp Nou hujung musim ini.

Marlon, 21 tahun, membuat penampilan pertama dibawah kendalian Luis Enrique musim lalu di samping di bawa pmasuk selaku pemain gantian dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Dia telah diketepikan daripada sesi latihan bagi menyempurnakan perpindahannya ke Ligue 1, hari ini.

Skuad kendalian Lucien Favre menamatkan saingan musim lalu di kedudukan ketiga namun bergelut musim ini apabila tewas dengan agregat 4-0 kepada Napoli dalam aksi play-off Liga Juara-Juara sebelum tumbang 3-0 di Amiens, Sabtu lalu.