Bekas penyerang Juventus dan Bayern Munich, Mario Mandzukic, mengumumkan persaraan pada usia 35 tahun dengan jaringan paling diingatinya pastilah gol kemenangan ke atas England yang membawa Croatian ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018.

Tonggak pasukan kebangsaan Croatia itu meledak gol kemenangan dalam masa tambahan separuh akhir Piala Dunia berkenaan sebelum menyumbang kedua-dua jaringan ketika tumpas 2-4 kepada Perancis dalam penentuan gelaran.

Dia muncul pemain pertama yang menjaringkan gol sendiri dalam final Piala Dunia untuk memberikan Perancis pendahuluan awal sebelum memanfaatkan kesilapan Hugo Lloris bagi mencetuskan harapan kebangkitan lewat kepada negaranya.

Dia mengumumkan persaraannya itu di Instagram dengan berkata bahawa dia perlu sentiasa bersedia sepanjang 109 minit ketika menghadapi England dalam Piala Dunia.

Itulah saat ketika memperdayakan Jordan Pickford untuk menghantar Croatia ke final Piala Dunia pertama mereka sebagai pemenang 2-1 ke atas The Three Lions.

Kerjaya Mandzukic bermula pada awal 20-an di Dinamo Zagreb sebelum menyertai kelab Jerman, Wolfsburg, pada 2010 dan dua tahun kemudian berpindah pula ke Bayern Munich, di mana dia menjaringkan gol kemenangan Liga Juara-Juara (UCL) 2013 ke atas Borussia Dortmund selain dua kali menawan Bundesliga.

Hanya Robert Lewandowski (44 gol) dan Stefan Kiessling (40) yang menjaringkan lebih 33 gol Bundesliga daripada dalam dua kempen bersama Bayern.





Setahun selepas itu Mandzukic ke Atletico Madrid sebelum menikmati empat gelaran Serie A di Juventus selain menjaringkan gol yang tidak dapat dilupakan dalam kekalahan final UCL kepada Real Madrid pada 2017.

Selepas mewakili kelab Qatar, Al-Duhail, dia kembali ke Itali bersama Milan dalam pusingan kedua musim lalu.

Sesudah menggegar jaring sebanyak 33 kali dalam 89 perlawanan antarabangsa, Mandzukic menulis: "Walaupun kali pertama menyarung but ini, sukar untuk membayangkan apa yang akan ditempuhi dalam bola sepak.

"Dapat menjaringkan gol di peringkat tertinggi dan memenangi gelaran terbesar bersama kelab tersohor. Sentiasa penuh berbangga mewakili negara, saya membantu melakar sejarah sukan Croatia.

"Anda akan mencapai kejayaan apabila mempunyai ramai orang yang bagus di sekliling anda -- rakan sepasukan, jurulatih, peminat, dan keluarga, ejen serta rakan yang akan sentiasa ada untuk anda. Saya akan sentiasa berterima kasih kepada mereka semua!

"Yang terpenting, anda akan berjaya kerana anda akan sentiasa memberikan yang terbaik. Itulah yang paling anda akan banggakan. Anda perlu banyak berkorban, tetapi anda akan tahu bahawa ia jadi berbaloi atas semua detik-detik menakjubkan yang dilalui.

"Saya mula sedar sebaik tiba masanya untuk bersara, saya akan menggantung but ini dan tidak akan berasa menyesal. Bola sepak akan selalu menjadi sebahagian daripada hidup saya, tetapi saya menantikan babak baru.

"(Nota akhir) Sekiranya anda bermain menentang England dalam Piala Dunia, bersiaplah sekitar minit ke-109."