Mariano disahkan positif Covid-19

Ammar Hakim
Julai 28, 2020 22:00 MYT
Real Madrid mengesahkan penyerang, Mariano Diaz, telah disahkan positif Covid-19 ketika 10 hari sebelum aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Manchester City.
Pemain berusia 26 tahun itu 'di tahap kesihatan terbaik' tetapi kini perlu menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Isnin lalu, menurut kenyataan yang dikeluarkan juara LaLiga itu.
Skuad senior hanya baru sahaja kembali berlatih selepas berehat selepas tamat saingan liga di Sepanyol.

@Casemiro ?? @Lucasvazquez91#RMCity | #HalaMadrid pic.twitter.com/1DYRjphfds

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) July 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad kendalian Zinedine Zidane itu berdepan City di Stadium Etihad 7 Ogos ini bagi aksi kedua pusingan 16, dengan City memiliki kelebihan agregat 2-1.
Mariano bakal terlepas daripada perlawanan tersebut, selepas hanya membuat tujuh penampilan untuk Real musim ini.

Mariano medical report.#RealMadrid

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) July 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.