MAN UTD 1 WEST HAM 0

Marcus Rashford mampu menjadi antara pemain terbaik dunia selepas menjaringkan gol ke-100 buat Manchester United, menurut rakan sepasukannya di kem The Red Devils, David de Gea.


Rashford menjadi pemain ke-22 yang menjaringkan 100 gol untuk United -– dan yang pertama sejak Wayne Rooney pada 2009 -– ketika anak buah Erik ten Hag itu menewaskan West Ham 1-0 di Old Trafford, awal pagi tadi.

Selepas meledak jaringan tandukan hasil daripada hantaran lintang Christian Eriksen, pemain antarabangsa England itu kini mengumpul empat gol Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas The Hammers, termasuk dua gol sepanjang 2022.

Selepas bergelut untuk merebut posisi musim lalu, Rashford kelihatan seperti pemain yang dilahirkan semula sejak Ten Hag mengambil alih, lantas De Gea mencadangkan bahawa rakan sepasukannya itu masih mempunyai potensi besar.

"Dia masih muda. Saya rasa dia telah berada di sini sepanjang hidupnya sebagai seorang remaja dan sebagai pemain pasukan utama yang sudah berpengalaman, malah dia masih sangat muda," kata De Gea kepada MUTV.




"Dia bermain dengan hebat. Saya fikir dia boleh menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia jika dia terus fokus dan berlatih bersungguh-sungguh serta beraksi dengan baik.

"Saya rasa dia seorang pemain yang sangat bagus dan kami gembira bahawa dia bersama kami termasuk corak permainannya."