Sadio Mane berasakan telah mendapat keuntungan daripada rehat jangka masa panjang ketika dia berusaha mendapatkan kembali penampilan terbaiknya untuk Liverpool bagi musim 2021-22.

Mane menjaringkan 11 kali dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika Liverpool gagal mempertahankan gelaran.

Ia merupakan rekod jaringan kedua terendahnya buat Liverpool sejak berhijrah dari Southampton pada 2016-17, dengan penyerang Senegal itu hanya menjaringkan paling sedikit bagi musim 2017-18 (10).

Mane bagaimanapun mengekalkan kreativitinya, menghasilkan tujuh assist daripada 61 peluang yang dihasilkan -- paling banyak dilakukana dalam saignan EPL sejak tiba ke England tujuh tahun lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu berasakan rehat yang diperoleh sebelum menyertai skuad Liverpool bagi kem pra-musim di Austria telah memberikan dorongan yang sangat diperlukan.

Ketika ditanya adakah dia berasa dalam keadaan lebih baik dibandingkan sebelum musim 2020-21, Mane mengatakan kepada Liverpoolfc.com, "Ya, sudah tentu.

"Saya berasakan penting sebagai pemain untuk berehat kerana saya boleh katakan sejak saya datang ke Liverpool ini adalah kali pertama saya mempunyai cuti selama empat minggu atau lebih, jadi saya rasa kadangkala ia banyak membantu.

"Saya dapat melihat dari hari pertama bahawa semua orang kelihatan tajam, bagi saya sesuatu yang sukar dipercayai! Saya tidak merungut untuk bercuti satu minggu atau dua minggu, tetapi saya rasa adalah lebih [berguna] bagi kita untuk menjalani percutian yang panjang ini.

"Dalam masa sama, kami telah berlatih secara individu, yang juga penting kerana anda dapat melihat daripada hari pertama bahawa semua orang kelihatan tajam dan bersedia untuk menjalani musim baru."