Manchester United sahkan Marcel Sabitzer rehat panjang

Shaiful Shamsudin
Mei 16, 2023 03:45 MYT
Marcel Sabitzer perlu diketepikan untuk tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan Manchester United termasuk final Piala FA bulan depan gara-gara kecederaan lutut.
Pemain Austria berusia 29 tahun itu -- dipinjam daripada Bayern Munich pada Januari lalu -- terlepas kemenangan 2-0 ke atas Wolves Sabtu lalu dan pemeriksaan kesihatan mendedahkan dia mengalami masalah di bahagian meniscal, sekali gus mengakhiri kempennya lebih awal.
“Semua orang di kelab ini kecewa kehilangan khidmat Marcel tatkala The Reds sedang mengejar penamat yang kukuh dalam EPL dan Piala FA musim ini.

ℹ️ Marcel Sabitzer has suffered a knee injury that will rule him out for the remainder of 2022/23. #MUFC

— Manchester United (@ManUtd) May 15, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dan kami berterima kasih atas sumbangannya terhadap kemajuan kami setakat ini,” menurut kenyataan rasmi di laman sesawang Unitd.
Sabitzer dibawa masuk pada hari tarikh akhir jendela perpindahan suusulan krisis di bahagian tengah selepas Christian Eriksen dan Scott McTominay terpaksa disisihkan.
Dia menghasilkan prestasi mengagumkan dengan menyumbangkan tiga gol dalam 18 penampilan.
#Manchester United #Marcel Sabitzer