Manchester United harungi tiga perlawanan dalam lima hari

Shaiful Shamsudin
Mei 5, 2021 22:54 MYT
Manchester United akan menjadi tuan rumah kepada Liverpool dalam pertembungan yang diaturkan semula iaitu pada awal pagi Jumaat depan (14 Mei).
Ini bermakna pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu perlu mengharungi tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam masa lima hari.
Pertembungan menarik hujung minggu lalu terpaksa dibatalkan gara-gara peminat United melancarkan protes terhadap pemilikan keluarga Glazer dengan menghalang pemain keluar daripada penginapan mereka, Hotel Lowry, selain menceroboh padang Old Trafford.

3 - Manchester United will face Aston Villa, Leicester & Liverpool in the space of five days between 9-13th May, the first time they've played three league games in five days since April 1992. Busy.

— OptaJoe (@OptaJoe) May 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ruang terhad untuk menyusun semula jadual menyaksikan United akan melakukan perjalanan ke Aston Villa pada 9 Mei disusuli menyambut Leicester City pada 11 Mei.
Liverpool juga boleh menganggap mereka tersepit dengan situasi hampir serupa apabila perlu mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh enam hari -- lebih perit lagi kesemuanya di tempat lawan -- tatkala mereka berjuang untuk merebut tempat keempat teratas.
Sementara itu, EPL mengesahkan dua perlawanan terakhir akan membenarkan kehadiran penyokong tuan rumah, sesuai dengan langkah melonggarkan kawalan COVID-19.
#Manchester United #Liverpool #EPL