Manchester City pasukan paling banyak berbelanja dekad ini -- FIFA

Muzaffar Musa
Ogos 31, 2021 01:53 MYT
Manchester City menduduki tangga teratas senarai pasukan paling banyak mengeluarkan perbelanjaan bagi mendapatkan pemain sepanjang dekad ini, demikian didedahkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Badan induk dunia itu mendedahkan perbelanjaan mendapatkan pemain antara kelab-kelab dari 2011 hingga 2020 secara keseluruhan telah mencecah AS$48.5 bilion (RM201.61 bilion).
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menduduki tangga teratas memandangkan mereka pernah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk mendatangkan Kevin de Bruyne dan Ruben Dias sepanjang tempoh berkenaan.
Chelsea dan Barcelona, masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga senarai itu -- tanpa mendedahkan jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan.
Paris Saint-Germain (PSG) dan Real Madrid pula melengkapkan senarai lima pasukan teratas pada ketika 12 daripada 30 kelab dalam senarai itu datangnya daripada England.
Perpindahan Neymar daripada Barcelona kepada PSG memecahkan rekod dunia dengan €222 juta (RM 1.089 bilion) manakala pembiayaan Madrid untuk mendatangkan Eden Hazard daripada Chelsea dilaporkan mencecah €175 juta (RM858.74 juta).
Barcelona turut mengeluarkan perbelanjaan besar ketika membeli Philippe Coutinho dan Ousmane Dembele, masing-masing daripada Liverpool dan Borussia Dortmund.
Penyerang Argentina, Angel Di Maria, mengisi dua slot perpindahan termahal sepanjang tempoh itu, di mana penyertaannya di Manchester United daripada Madrid menduduki tangga ke-10 sebelum perpindahannya ke PSG selepas itu berada di tempat kesembilan.

⚽️✍️? Delve into the detail behind $48.5bn worth of player trading between 2011 and 2020 with FIFA's 'Ten Years of International Transfers Report'. ℹ️? https://t.co/0SkxS2rh6A pic.twitter.com/03mWg9ZyXD

— FIFA.com (@FIFAcom) August 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Chelsea #Manchester City #Barcelona #Real Madrid #PSG #Liga Perdana Inggeris