Manchester City akan memulakan kempem mempertahankan gelaran Liga Inggeris Perdana (EPL) musim 2021/22 di Tottenham yang masih belum melantik pengurus.

Pasukan asuhan Pep Guardiola itu memenangi gelaran ketiga mereka dalam tempoh empat musim dan berkemungkinan berdepan cabaran sengit di Tottenham Hotspur Stadium, bermula 14 Ogos depan, sambil penyerang Spurs, Harry Kane, disebut-sebut sebagai pengganti berpotensi buat Sergio Aguero.

Chelsea, yang menafikan kejayaan City di pentas Eropah dalam final Liga Juara-Juara (UCL) bulan lalu, pula akan memulakan saingan dengan menjadi tuan rumah kepada Crystal Palace.




Manchester United pula selaku naib juara musim lalu untuk musim ketiga Ole Gunnar Solskjaer menangani kelab itu akan melancarkan kempen mereka bertemu Leeds United yang dibimbing Marcelo Bielsa di Old Trafford.




Brentford yang baru dipromosikan pasti akan menyajikan tugas menarik buat Arsenal yang tidak mempunyai komitmen Eropah buat julung kalinya sejak 1995-96.

Liverpool akan bertandang ke laman pendatang baru yang juara merupakan jaguh Liga Kejuaraan, Norwich City, sementara Watford menjadi tuan rumah kepada Aston Villa.