Presiden LaLiga, Javier Tebas, berkata says Manchester City atau Paris Saint-Germain (PSG) akan melakukan 'doping kewangan' jika mereka menandatangani Lionel Messi dengan syarat yang sama dengan perjanjian Barcelona sebelumnya.

Kapten Argentina, Messi, merupakan ejen bebas selepas kontraknya bersama Barca berakhir penghujung bulan lalu.

Pemenang Ballon d'Or enam kali itu telah dikaitkan dengan City dan PSG, namun dijangka kekal bersama Blaugrana di sebalik masalah kewangan yang dihadapi.

Tebas tidak melihat bagaimana mana-mana kelab mampu memberikan tawaran kepada Messi, dengan kontrak terakhirnya dilaporkan bernilai lebih daripada EURO500 juta sepanjang empat tahun.

Ketika ditanya apakah Messi harus mengambil potongan gaji untuk melanjutkan tempoh bersama Barca, Tebas berkata, "Tepat sekali. Dia tidak akan dapat menandatangani syarat sebelumnya, itu mustahil.

"Tetapi saya tidak fikir mana-mana kelab Eropah akan dapat membayar jumlah tersebut."

Tebas berkata, "City kehilangan EURO270 juta [kerana pandemik coronavirus] jadi jelas mereka tidak akan mempertimbangkan untuk menandatangani Messi [dengan syarat yang dia ada sebelumnya].

"PSG juga mengalami kerugian, jadi mereka juga tidak dapat mempertimbangkan untuk menandatangani Messi.

"Sekiranya mereka melakukannya, itu akan menjadi doping kewangan. Akan luar biasa jika ia berlaku. Kita perlu menetapkan had. Doping kewangan merosakkan bola sepak.

"Itu bukan wang sebenar kerana tidak dihasilkan oleh kelab. Wang bukan daripada bola sepak menyebabkan inflasi buruk dan merosakkan bola sepak kerana kelab mesti melakukan semua usaha ini [untuk bersaing], yang menjadikan mereka memiliki kuasa kewangan yang lebih besar.

"Kita harus melawan perkara ini. Ini adalah salah satu masalah yang belum selesai dalam bola sepak Eropah. Sekiranya ia tidak dapat diselesaikan, permainan akan berada dalam situasi yang sangat rumit."