Man United terlepas peluang juarai Kumpulan E

Ammar Hakim
November 3, 2022 22:21 MYT
Jaringan Alejandro Garnacho memberikan Manchester United kemenangan Liga Europa 1-0 ke atas Real Sociedad awal pagi tadi namun kelab Sepanyol itu kekal di puncak Kumpulan E.
Kemenangan menerusi dua jaringan atau lebih hanya memberikan United peluang menjuarai peringkat kumpulan berdasarkan rekod pertemuan, dan jaringan awal Garnacho menghidupkan peluang skuad kendalian Erik ten Hag mencapainya.
Namun corak permainan bertahan yang cukup mantap menyaksikan cukup La Real untuk United memperoleh jaringan kedua, walaupun diberikan tekanan di penghujung permainan.
Skuad kendalian Ten Hag turut mara namun dipaksa untuk menghadapi dua aksi play-off dengan pasukan yang tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara, senarai yang termasuk Barcelona dan Juventus.

18 - Alejandro Garnacho (18y 125d) has become @ManUtd's youngest non-English goalscorer in major European competition, overtaking George Best (18y 158d against Djurgårdens IF in 1964). Moment. #RSCMUN

— OptaJoe (@OptaJoe) November 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Liga Europa #Alejandro Garnacho