Kemenangan tipis ketika menentang Atalanta dalam saingan Liga Juara-juara Eropah pertengahan minggu ini telah mula menimbulkan rasa sangsi dalam kalangan pemain-pemain Manchester United sendiri tentang kemampuan pengurus mereka Ole Gunnar Solskjaer.

Ia disuarakan sendiri oleh bintang tengah Man United iaitu Bruno Fernandes selepas perlawanan ketika ditanya wartawan.

Dia mengharapkan Solskajer dan pasukan kejurulatihannya perlu bertindak pantas untuk merubah taktikal dan meningkatkan kemampuan diri mereka sebagai seorang pengurus yang berkaliber.

Ini merupakan satu teguran yang boleh mengeruhkan suasana keharmonian di dalam kem Man United namun sebagai seorang yang profesional sebenarnya ia tidak salah untuk Bruno Fernandez menyampaikan pandangan peribadinya demi kebaikan pasukan.

Luahan itu disuarakan oleh Bruno Fernandes berdasarkan prestasi yang kurang konsisten Man United kebelakangan ini dan banyak melakukan kesilapan-kesilapan mudah. Ia perlu diperbaiki segera sebelum berhadapan Liverpool esok.

Inilah yang dibimbangi Bruno Fernandes sebenarnya kerana sebagai seorang yang mempunyai sikap mentaliti kemenangan dan kejayaan untuk pasukan.







Mengikut rekod pertemuan terakhir kedua-dua pasukan itu, ia memihak kepada Liverpool dan sudah tentu ia sedikit memberi kesan kepada pemain-pemain Man United termasuk Bruno Fernamdes sendiri dan pemain-pemain Man United juga mempunyai keinginan untuk menewaskan Liverpool di gelangang mereka sendiri.

Sekiranya The Red Devils dapat menewaskan Liverpool esok sudah pasti ia akan meningkatkan terus keyakinan pemain-pemain Man United untuk berhadapan dengan mana-mana pasukan sekalipun kerana Man United telah berjaya memecahkan rekod tanpa kalah kelab dari Merseyside itu musim ini.

Tetapi ia bukan tugas yang mudah bagi pemain-pemain Man United kerana ia akan berhadapan dengan taktikal dan langkah bijak Jurgen Klopp dalam menganalisa permainan Man United agar setiap gerakan Man United mampu dikekang seterusnya memerangkap pertahanan The Red Devils.

Bruno Fernandes mengharapkan agar Solskjaer dan pasukan kejurulatihannya peka dengan keadaan semasa itu kerana ketika ini Liverpool berada pada pretasi terbaik untuk membenam juara 20 kali berkenaan.

Namun, segala-galanya akan ditentukan pada malam esok.

Adakah Ole Gunnar Solskjaer dan pasukan kejurulatihannya mampu menyediakan satu taktikal dan strategi yang boleh menewaskan Liverpool?