MAN UTD 0 MAN CITY 2

Manchester City menghadiahkan satu lagi kekalahan di kandang sendiri kepada seteru ketat, Manchester United, dengan kemenangan 'derby' 2-0 dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.


Skuad kendalian itu Pep Guardiola gagal memenangi empat pertemuan liga di antara mereka sebelum ini tetapi pelawat garang untuk mendahului dua gol dalam separuh masa pertama.

Manchester United acap dibolosi dalam 14 perlawanan di tempat sendiri tetapi belum melepaskan sebarang gol dalam tiga perlawanan terakhir liga ketika berdepan musuh setempat itu.

Bagaimanapun, gawang mereka dirobek seawal minit ke-7 apabila Eric Bailly tertampan hantaran lintang Joao Cancelo dari sebelah kiri ke pintu gol sendiri.

Bailly menjadi pemain United pertama yang menjaringkan gol sendiri sepanjang menentang City dalam EPL dan sebelum rehat, Bernardo Silva menghukum kealpaan benteng United untuk selesa 2-0.

Satu-satunya percubaan tepat sasaran The Red Devils ialah dalam separuh masa pertama ialah menerusi voli kencang Cristiano Ronaldo yang ditepis Ederson, tetapi kesilapan David de Gea membantu City makin teguh menguasai permainan.

Selepas tangkas menyekat percubaan Gabriel Jesus dan Kevin De Bruyne, penjaga gol itu terlalu mudah ditewaskan oleh Silva yang menyelinap di belakang Luke Shaw sebelum menyudahkan peluang di ruang sempit.

Tuan rumah yang dibelasah Liverpool 0-5 di Old Trafford, dua minggu lalu, terus buntu untuk bertindak balas dalam babak kedua, sekali gus meningkat tekanan ke atas jawatan Ole Gunnar Solskjaer.

Malah, City masih mencipta peluang cuma berdepan kekangan untuk mendapatkan gol ketiga dengan kesempatan terdekat dihasilkan menerusi sepakan Phil Foden yang tidak tepat ke sasaran.