Selepas Liga Perdana Inggeris berehat (EPL) selama dua minggu. sudah pasti ia memberi ruang kepada setiap pengurus pasukan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan pasukan mereka sebelum perlawanan liga disambung hari ini.

Ia termasuklah Jurgen Klopp yang pasti ingin memastikan Liverpool kembali mencipta kemenangan setelah hanya mampu seri dalam dua perlawanan terakhir. Peluang ini sudah tentu digunakan sebaik mungkin oleh Klopp untuk memperkemaskan bahagian pertahanan pasukannya selepas mengalami sedikit kemerosotan.

Pertemuan dengan Watford FC pada hari ini sekali lagi akan menguji kekuatan barisan pertahanan Liverpool supaya tidak melakukan kesilapan yang boleh merugikan kerana sekiranya tewas atau seri, ia akan menyukarkan kedudukan The Reds untuk terus memberi tekanan dan merampas kedudukan Chelsea sebagai pendahulu liga ketika ini.

Walaupun semua sudah tahu rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini memang memihak kepada anak didik Klopp, namun dalam pertemuan terakhir pada musim lalu mereka tewas kepada The Hornets.





Ini akan memberi sedikit kegelisahan pada peminat-peminat The Reds sendiri apabila pasukan kesayangan itu akan berhadapan dengan taktikal dan strategi jurulatih yang mempunyai berpengalaman luar di peringkat antarabangsa serta sudah memahami selok belok tentang pasukan-pasukan di Liga Perdana Inggeris (EPL), iaitu Claudio Ranieri.

Pelantikan Ranieri sebagai pengurus baru Wotford sudah pasti akan memberi satu semangat baru kepada pemain-pemain The Hornets untuk bangkit bagi memastikan pasukan mereka tidak berada di zon penyingkiran.




Sudah tentu dengan pengalaman dan kepakaran Ranieri, dia mampu memerangkap tipu daya pemain-pemain The Reds.

Dicsinilah barisan pertahanan Liverpool perlu bijak dalam menguasai permainan selain meningkatkan komunikasi mereka bersama bahagian tengah. Sekiranya semua itu berjalan lancar tidak mustahil untuk Liverpool mencipta kemenangan di tempat lawan kerana di bahagian, penyerang mereka telah menunjukkan ketajaman mereka.

Ketika inilah The Reds perlu kembali mencipta kemenangan dan terus memberi saingan dalam merebut kejuaraan musim ini.