Skuad bola keranjang lelaki negara meraih kemenangan kedua dalam Kejohanan Jemputan Antarabangsa Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) selepas menewaskan pasukan Taiwan, Universiti Chung Chou, 98-88 di Stadium MABA, sebentar tadi.

Malaysia bermula dengan penuh yakin apabila mendahului suku pertama 26-21, bagaimanapun lawan menunjukkan kebangkitan mengejar kedudukan dan menamatkan separuh masa pertama 45-43.

Enggan menyaksikan imej tercalar kepada skuad berstatus universiti, Malaysia kemudian merampas kedudukan 70-61 di depan dalam suku ketiga sebelum menamatkan perlawanan dengan perbezaan 10 mata, 98-88.

Kemenangan itu membawa Malaysia berada di kedudukan kedua di bekalang Australia ACBA Dragon, manakala Universiti Normal Taiwan berada di tempat ketiga dan Universiti Chung Chou keempat.

Dalam perlawanan pertama kelmarin, Malaysia menewaskan Universiti Normal Taiwan 79-70.


Keputusan hari ini:-

Lelaki:

Malaysia 98-88 Universiti Chung Chou

Universiti Normal Taiwan 71-83 Australia ACBA Dragon

Wanita:

Scotland 72-71 Nan Shan

China Shanghai 77-76 Taiwan Fo Guang