Keputusan seri dengan Kemboja dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B meletakkan pasukan Malaysia bawah 23 berkedudukan di tangga kedua di belakang pasukan Gajah Putih, Thailand.
Dengan kedudukan itu, anak didik Brad Maloney akan berhadapan dengan juara bertahan edisi lalu, Vietnam bawah 23, yang dikedalikan oleh Park Hang-seo.
Ini merupakan tugas yang begitu mencabar kepada pemain-pemain muda Harimau Malaya apabila berhadapan dengan pasukan tuan rumah yang memang terkenal dengan gaya bola sepak mereka tersendiri semenjak Hang-seo mengambil alih jawatan ketua jurulatih skuad Vietnam.
Namun, itu bukan penghalang kepada skuad muda Harimau Malaya untuk membenam pasukan juara bertahan itu di laman mereka sendiri kerana kelebihan itu masih lagi memihak pada pemain-pemain Harimau Muda.
Apabila bermain di laman sendiri, sudah tentu Golden Star Warriors akan menghadapi sedikit tekanan kerana harapan yang tinggi diletakkan oleh peminat-peminat mereka kerana mengikut statistik penganjuran sukan bola sepak bawah 23 tahun di temasya Sukan SEA masih tidak ada lagi pasukan tuan rumah memenangi pingat emas. Kesempatan ini perlulah di ambil oleh anak-anak didik Brad Maloney untuk mengejar misi dalam memburu pingat emas.
Tetapi sebelum itu, Brad Maloney perlu memperbaiki sedikit kelemahan ketika bertahan secara berpasukan kerana elemen itu menggangu sedikit kelancaran permainan skuad muda Harimau Malaya.
Itu boleh dinilai daripada jaringan yang diperolehi pihak lawan di peringkat kumpulan.
Selain itu juga, Brad Maloney perlu bijak menggunakan kelebihan yang ada pada Hadi Fayyadh untuk menamakan beliau dalam kesebelasan utama supaya dapat membantu Luqman Hakim memberi tekanan kepada pertahanan Vietnam bawah 23.
Di mana Brad Maloney perlu berani mengambil risiko dalam menyusun strategi dan taktikalnya kerana ini perlawanan yang amat penting untuk dimenangi seperti bermain dengan lebih agresif untuk memenangi bola lebih awal serta perlu bijak dalam mengawal tempo permainan supaya anak didik Hang-Seo tidak mampu mengawal permainan.
Kelebihan yang dimiliki pemain-pemain muda Harimau Malaya ini perlu digunakan sebaik mungkin kerana dengan cara itu sahaja anak didik Brad Maloney mampu memperdayakan Vietnam bawah 23 dan seterusnya mencipta kemenangan.
Hasnizam Uzir
Tue May 17 2022


Paolo Banchero calls expectations of being top pick 'nothing I'm not used to'
New Orlando Magic forward Paolo Banchero has been viewed as a future NBA star since he was in high school, saying pressure is nothing new.

Charlotte Hornets re-hire former head coach Steve Clifford
After previously spending five seasons as head coach of the Charlotte Hornets, Steve Clifford will return for a second stint in charge.

South Korea's Chun In-gee holds dominant lead at Women's PGA Championship
After a stunning first round where she led by five strokes, Chun In-gee backed it up with a strong performance on Friday.

Xander Schauffele leads by five strokes after second round of Travelers Championship
Xander Schauffele is the heavy favourite to win the Travelers Championship after finishing Friday's second round five strokes clear.

Valverde set for Athletic Bilbao return after Uriarte wins presidential election
Athletic Bilbao have a new president, who has promised to appoint Ernesto Valverde as the club's new coach.

Canelo predicts KO against Golovkin in trilogy match
Even coming off a loss, Canelo Alvarez is fully confident heading into his third match against rival Gennady Golovkin.

England 'really have to improve' despite thrashing Netherlands, warns Wiegman
England scored four second-half goals to thrash the Netherlands 5-1 at Elland Road, but Sarina Wiegman identified room for improvement.

Tsitsipas reaches first grass-court final, Fritz and Cressy set up all-American Eastbourne showdown
Stefanos Tsitsipas will face Roberto Bautista Agut for the Mallorca Championships title, while two Americans will tussle in Eastbourne.

Li Haotong leads BMW International Open after second-round 67
Li Haotong followed up his record-tying round from Thursday with a strong day two to preserve his lead at the BMW International Open.

'Fancy doing another Trent Bridge?' – Bairstow revels as another Test century blunts New Zealand
England were again indebted to the heroics of Jonny Bairstow as the Yorkshireman produced an unbeaten 130 against New Zealand at Headingley.