Pemain sayap Leicester City dan Algeria, Riyad Mahrez, telah dinamakan selaku Pemain Terbaik Afrika oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Mahrez, yang memainkan watak penting ketika membantu The Foxes menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu, mengetepikan cabaran daripada penyerang Borussia Dortmund, Pierre Emerick Aubameyang, serta Sadio Mane dari Liverpool.

Anugerah terbaru buat Mahrez itu menjadi trofi kedua diterima pemain itu selepas merangkul anugerah Pemain Terbaik PFA 2016.

Pemain berusia 25 tahun itu meledak 17 gol dan 10 bantuan jaringan musim lalu, namun bergelut dengan prestasi musim ini tatkala Liecester sekadar menghuni kedudukan ke-18 liga.

Berbeza bagi Aumbameyang, penyerang Gabon itu tetap meneruskan prestasi mantap musim lalu apabila berjaya menyumbang 16 gol ketika ini.

Anugerah Pemain Muda Berbakat pula menjadi milik penyerang City, Kelehi Iheanacho.