Pertahanan Petaling Jaya (PJ) City, Mahali Jasuli, bersikap positif dengan pendekatan baru pasukannya walaupun berisiko menjadi mangsa belasahan dalam saingan Liga Super musim depan.

Ia susulan pasukan itu mengetepikan kudrat pemain import apabila mengambil langkah berani dengan membariskan 100 peratus pemain tempatan dan lebih ramai pemain muda.

Ia mengundang persoalan terhadap kemampuan mereka untuk memberi tentangan hebat kepada semua pasukan lain yang menagih khidmat pemain asing.

"Saya juga sukakan cabaran seperti ini.

"Tidak dinafikan, setiap perlawanan akan menjadi sangat sukar tetapi tidak mustahil pemain-pemain ini mampu memainkan peranan yang baik.

"Inilah peluang untuk pemain-pemain muda ini bermain sepanjang 90 minit," katanya yang muncul dalam program [email protected] di Astro Arena, hari ini.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penjaga gol kami, Kalamullah Al-Hafiz kerana tercalon didalam kategori Penjaga...

Posted by PJ City FC on Sunday, December 20, 2020


Bekas pertahanan Harimau Malaya itu antara tonggak utama yang kekal bersama pasukan berkenaan termasuk K. Gurusamy, R. Kogileswaran dan K. Thivandran.

Mereka akan membentuk kombinasi berbeza pada musim depan menerusi kehadiran beberapa muka baru, antaranya Daren Lok dan Khairil Anuar Zambri.

"Mereka berpeluang untuk kenal pemain lama, seterusnya menyesuaikan diri dengan pasukan."


Khyril Muhymeen is a Phoenix! ? ?⚽ #PJCFC #ThePhoenix #QI #Qnet #ActiveSports #Puma #TouchTronics #LittleCaterer #PetalingJaya #YakiniLokal

Posted by PJ City FC on Monday, December 21, 2020