Harry Maguire mempertahankan John Stones setelah menyelamatkan kesalahan rakan senegaranya itu dengan jaringan kemenangan ketika England mengatasi Poland 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia awal pagi tadi.

Permulaan cemerlang dalam Kumpulan I kelihatan hampir berakhir selepas jaringan Harry Kane menerusi sepakan penalti dinafikan sebelum perlawanan melewati minit ke-60 oleh
Jakub Moder.

Kawalan bola Stones dirampas Moder, yang menampan masuk hantaran pantas Arkadiusz Milik mengatasi Nick Pope dengan percubaan pertama tepat ke sasaran yang perlu dihadapi England dalam saingan kumpulan kali ini.

Tetapi Maguire melepaskan rembatan lima minit sebelum tamat perlawanan selepas menemui hantaran Stones, memastikan Three Lions meraih tiga kemenangan daripada tiga perlawanan dalam perjalanan layak ke Qatar 2022 dan Maguire enggan memperbesarkan kesilapan daripada Stones.

"John [Stones] bermain cemerlang sepanjang tahun ini," kata Maguire.

"Pertahanan melakukan kesilapan dan dikritikan dengan hebat. Dia mengharungi tahun yang baik. Satu kesilapan dilakukan tetapi dia membalasnya dengan tandukan yang baik dan saya memastikan England memperoleh kemenangan.

"Saya memberitahunya teruskan bermain cemerlang dan kami akan menang."


Pengurus England, Gareth Southgate, menyuarakan perkara yang sama dan memuji respons Stones.

"Dia berjaya menyusun diri untuk sepanjang permainan dan mengambil peranan dalam dalam gol kemenangan yang penting -- anda boleh berdepan masalah prestasi dalam saat-saat itu dan dia tidak sama sekali," kata Southgate.

"Dia mengalami musim yang baik dan dia melakukan kesalahan malam ini, dia tahu itu tetapi dia bangkit semasa perlawanan dan dia harus terus melakukannya."