Madrid tanggung gaji Luka Jovic pindah ke Fiorentina

Shaiful Shamsudin
Julai 9, 2022 23:06 MYT
Kerjaya buruk Luka Jovic di Real Madrid berakhir selepas Fiorentina mengesahkan ketibaan pemain Serbia itu dengan perjanjian dua tahun.
Jovic menelan belanja €60 juta (RM270.4j) pada 2019 selepas mencuri perhatian ketika beraksi untuk Eintracht Frankfurt sebelum kerjayanya merundum sejak itu.
Dia sekadar menyumbat dua gol menerusi 27 penampilan dalam musim pertamanya di Santiago Bernabeu, kemudian menghabiskan separuh daripada kempen 2020-21 dipinjamkan ke Frankfurt.
Dia terus bergelut untuk menjelmakan prestasi sebenarnya dan kembali ke Madrid pada musim lalu apabila menjaringkan satu gol dalam 19 perlawanan ketika Los Blancos memenangi LaLiga dan Liga Juara-Juara (UCL).

?️ ???? ?????#ForzaViola #Fiorentina #ACFFiorentina pic.twitter.com/Ut6UXd7nHd

— ACF Fiorentina English (@ACFFiorentinaEN) July 8, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, dia kini berpeluang untuk memulihkan kerjayanya, jauh daripada tekanan tinggi di Bernabeu.
Perjanjian itu agak luar biasa memandangkan Madrid dikatakan telah menyerahkan Jovic secara percuma tetapi masih akan membayar separuh daripada gajinya untuk tempoh dua tahun akan datang.
Kontrak Jovic di Madrid sepatutnya berakhir hingga 2025 tetapi sebahagian daripada perjanjian ini bakal menyaksikan tahun terakhir kontraknya terbatal.
Pada 2024 kelak sebaik kontraknya bersama Fiorentina luput, mereka memiliki pilihan untuk menandatanganinya sekali lagi secara percuma sambil Madrid dilaporkan akan menikmati pampasan dalam sebarang perpindahan akan datang.

Only a few more weeks to the new EPL season, so layan these dulu. ?Stream LIVE on @AstroGOmy: https://t.co/LB6Yrfd5yr pic.twitter.com/1APaNJ1fpl

— Stadium Astro ? (@stadiumastro) July 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Real Madrid #Fiorentina #Luka Jovic