Dia mungkin baru berada di Lyon selama seminggu, namun pengendali, Bruno Genesio, kagum dengan apa yang telah dipamerkan rekrut terbaru, Memphis Depay, dalam aksi sulungnya.

Depay membuat penampilan sulung dalam Ligue 1 dalam kemenangan 3-1 ke atas Marseille, semalam setelah tiba dari Manchester United.

Pemain berusia 22 tahun itu dibawa masuk pada minit ke-79 menggantikan Mathieu Valbuena.

"Dia membuktikan bahawa dia mampu menyesuaikan diri dengan cepat terhadap corak permainan pasukan ini," Genesio memberitahu OLTV.

"Saya sudah pun melihat keserasiannya bersama pemain lain, dia juga bertahan dengan baik.

"Dia bakal menjadi aset penting pasukan ini."