Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman, yakin pemain baru, Luuk de Jong, lebih berbahaya berbanding Neymar situasi hantaran silang.

Gergasi LaLiga itu mendapatkan khidmat penyerang Belanda, de Jong dari Sevilla secara pinjaman sebelum tamat jendela perpindahan musim panas.

De Jong telah dikaitkan dengan bekas kelab, PSV selepas kehilangan tempat selepas Sevilla mendapatkan khidmat Rafa Mir dari Wolves.

Namun pada hari terakhir jendela perpindahan, Barca, -- yang sudah kehilangan superstar Lionel Messi secara percuma -- membenarkan Antoine Griezmann menyertai juara Sepanyol, Atletico Madrid dan Blaugrana menggantikan pemain Perancis itu dengan De Jong dalam perjanjian sementara untuk 2021-22.

Koeman memuji rakan senegara de Jong, yang menurutnya lebih unggul berbanding bintang Paris Saint-Germain (PSG) dan bekas penyerang Barca, Neymar dalam satu bahagian.

"Apabila ada hantaran silang dilakukan, Luuk lebih berbahaya daripada Neymar," kata Koeman kepada NOS.

"Dia merupakan penyerang yang berbeza dan saya berasakan semua pasukan harus memiliki satu seperti dia."


Koeman menambah: "Saya memberitahu kelab tahun lalu [bahawa saya mahu menandatangani de Jong].

"Saya mahu dapat bertukar penyerang saya. Sekiranya permainan memerlukan seseorang seperti Luuk, maka dia akan bermain.

"Kami kehilangan Antoine Griezmann pada hari terakhir jendela perpindahan dan hanya mempunyai tiga penyerang.

"Saya pertama kali menghubungi Luuk pada 8 Ogos dan, sebelum itu, saya bertanya-tanya mengapa Barcelona tidak mendapatkan khidmat pemain sepertinya."