Luqman Hakim dapat restu ke Belgium

Shaiful Shamsudin
Julai 3, 2020 15:04 MYT
Luqman Hakim Shamsudin bakal berkelana ke Belgium selepas mendapat lampu hijau daripada Persatuan Bola sepak Selangor (FAS).
Penyerang remaja itu, yang membantu skuad B-19 kebangsaan layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC di Uzbekistan Oktober depan, akan berlepas ke Eropah sebaik proses dokumentasinya diselesaikan, menurut satu kenyataan daripada badan induk itu.
Produk Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NFDP) itu mengesahkan akan menyertai kelab Belgium, KV Kortjik, September lalu sebelum wabak COVID-19 melanda sebelum ura-ura cuba dipancing beberapa kelab Eropah lain.