Romelu Lukaku kembali ke latihan Chelsea semalam selepas terlepas lima perlawanan terakhir kerana kecederaan buku lali.

Pemain antarabangsa Belgium Lukaku telah dipaksa keluar pada minit ke-23 dalam kemenangan 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Malmo 20 Oktober lalu berikutan terjahan kasar oleh Lasse Nielsen.

Timo Werner mengalami kecederaan hamstring dalam perlawanan sama dan juga tidak diturunkan sejak itu, tetapi Chelsea tidak tewas dalam lima perlawanan mereka tanpa dua penyerang tersebut.

Chelsea bagaimanapun berharap untuk menurunkan Lukaku, pemain yang tidak menjaringkan gol buat skuad kendalian Thomas Tuchel sejak September, akan mula menemui gawang selepas seminggu berusaha mendapatkan semula tahap kecergasan bagi aksi bertemu Leicester City Sabtu ini.