Romelu Lukaku berminat untuk kembali ke Chelsea kerana dia percaya bahawa dia memiliki tugas yang belum diselesaikan di Stamford Bridge.

Lukaku kali pertama berhijrah ke Chelsea pada Ogos 2011 dari Anderlecht dan dijangka akan kembali musim panas ini.

Bagaimanapun, Chelsea masih belum mendapatkan tandatangan pemain berusia 28 tahun itu selepas Inter telah menolak dua bidaan kelab tersebut.

The Blues mahu mendapatkan penyerang tengah baru menjelang musim hadapan -- dengan pemain Inter itu menjadi sasaran utama.

Pemain berusia 28 tahun itu dikagumi pengurus pasukan, Thomas Tuchel, yang menyasarkan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama menjelang bermulanya musim 2021-2022.

Sejak pemain kebangsaan Belgium itu berhijrah ke San Siro pada 2019, dia telah meledak 64 gol dalam 95 penampilan bagi semua pertandingan.

Tuchel percaya dia akan menjadi penambahan yang baik buat skuad yang telah memenangi Liga Juara-Juara (UCL) serta berada dalam kelompok empat terbaik musim lalu.

Dia percaya Lukaku akan segera menemui rentak -- tidak seperti Timo Werner, yang bergelut dalam musim pertamanya bersama kelab.