Penyerang Belgium, Romelu Lukaku, percaya pasukannya mampu menghukum pertahanan Brazil dalam pertembungan suku akhir Piala Dunia 2018, awal pagi esok.

Berbaki lapan pasukan, anak buah Tite itu merupakan pilihan dalam pertembungan kedua-dua pasukan di Kazan..

Dalam lapan perlawanan tahun ini, termasuk empat perlawanan persahabatan, Brazil kebal dalam tujuh aksi dan hanya melepaskan satu gol sepanjang kempen ini.

Namun, Lukaku -- yang melakar empat gol dalam Piala Dunia Russia -- berasakan Belgium boleh menghadirkan ancaman.

"Kelemahan Brazil? Tidak semestinya," katanya semalam.

"Saya fikir mereka sangat mantap, mereka mempunyai pemain yang boleh membuat perbezaan, mereka mempunyai pemain tengah bertenaga yang berbahaya.

"Daripada segi pertahanan, saya fikir mereka boleh diatasi tetapi anda tidak boleh mengasak mereka dengan cara yang sama sepanjang masa.

"Tiga daripada empat pemain pertahanan mereka berpengalaman luas. Anda perlu tahu dengan tepat bagaimana untuk menyerang. Kami telah mengadakan persiapan dan kami sudah bersedia dengan baik," ujarnya.

Pemenang pertembungan di antara Brazil dan Belgium akan menghadapi sama ada Uruguay atau Perancis di peringkat separuh akhir nanti.