Lukaku akan beri impak besar buat Chelsea tapi kita perlu bersabar -- Tuchel

Muzaffar Musa
Disember 1, 2021 05:39 MYT
Thomas Tuchel yakin Romelu Lukaku akan memberikan impak yang besar buat Chelsea sebaik pulih daripada kecederaan tetapi menegaskan The Blues perlu bersabar dengan penyerang itu.
Setakat ini, Lukaku telah menjaringkan empat gol daripada 12 penampilannya sejak kembali ke Stamford Bridge daripada Inter Milan.
Tetapi pemain kebangsaan Belgium itu tidak dapat beraksi sepanjang bulan lalu gara-gara kecederaan buku lali.
Dia kembali sebagai pemain gantian sewaktu Chelsea terikat 1-1 dengan bekas pasukannya, Manchester United, dan berpeluang untuk memulakan perlawanan menentang Watford awal pagi esok.
Tuchel tidak pernah meragui kualiti yang dimiliki Lukaku apabila pemain itu kembali mendapatkan kecergasan terbaiknya tetapi pengurus itu menuntut kesabaran semua pihak terhadap pemain berusia 28 tahun berkenaan.

Love this group. ? pic.twitter.com/SeyNc6JYsO

— Chelsea FC (@ChelseaFC) November 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami telah membuktikan dengan kehadirannya dan tanpa kehadirannya bahawa kami mampu menjaringkan gol dan mampu untuk menang," kata Tuchel.
"Saya fikir ia merupakan proses untuk menyesuaikan diri dengan kedua-dua keadaan, pasukan ini akan menyesuaikan diri dengannya dan dia akan menyesuaikan diri dengan pasukan ini.
"Perkara paling penting adalah untuk dia cergas dan kembali mendapatkan tahap kecergasan dan fizikal agar dia boleh memulakan perlawanan buat kami. Selebihnya, saya yakin dia mampu menyelesaikannya sendiri.
"Saya amat yakin dan tiada sebarang keraguan bahawa dia akan memberikan impak yang besar buat pasukan kami apabila dia kembali.
"Dia berusaha setiap hari dan mendorong semua orang untuk mencuba kembali semula ke atas padang. Dia cuba meyakinkan kami bahawa dia sudah bersedia untuk bermula semula.
"Kami memberikannya beberapa minit (ketika bertemu United) yang membantunya secara psikologi dan ia amat penting tetapi dia berkeazaman dan berlatih di tahap yang amat tinggi.
"Apabila kami berasakan yang dia sudah cergas sepenuhnya, saya fikir dia sudah bersedia memberikan sumbangan yang dia mampu lakukan, di mana ia sesuatu yang besar.
"Kami masih percaya yang dia mampu melakukan perubahan buat kami tetapi pada masa sama, kita perlu bersabar," katanya.

Suited and booted. ?#BallonDor pic.twitter.com/mpcTdeXoRa

— Chelsea FC (@ChelseaFC) November 29, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Chelsea #Thomas Tuchel #Romelu Lukaku #Liga Perdana Inggeris