Maurizio Sarri menjelaskan David Luiz boleh beraksi dalam corak permainan bola sepak yang diterapkan sambil pengurus Chelsea itu terkejut dengan kebangkitan yang dipamerkan pertahanan Brazil itu.

Luiz gagal menambat perhatian pengendali sebelum ini, Antonio Conte, dalam saingan musim lalu tetapi tonggak veteran itu kembali menyinar di bawah bimbingan Sarri bagi musim 2018/19.

Dia kekal menjadi pilihan utama, beraksi dalam kesemua tujuh perlawanan liga buat Chelsea, termasuk ketika diikat seri 1-1 oleh Liverpool, hujung minggu lalu, dan bekas pengurus Napoli, Sarri, memuji kebolehan yang ada pada pemain berusia 31 tahun itu walaupun sebelum ini dia tampak mahu meninggalkan Stamford Bridge.

"Dia jelas lebih bagus, tidak kira sebagai pemain atau secara individu, daripada apa yang saya fikirkan sebelum tiba di sini," kata Sarri.

"Saya tidak tahu apa yang berlaku sebelum ini tetapi selepas tiba-tiba, saya dapat rasakan bahawa Luiz adalah seorang pemain yang sangat bagus untuk falsafah bola sepak saya memandangkan dia sangat teknikal.

"Saya lega memiliki kudratnya. Dia sukar berterus-terang. Jika ada apa-apa, dia akan terus bercakap kepada saya."

Sarri juga menambah: "Saya suka orang yang berterus-terang.

"Dia sedikit keliru dalam dua musim terakhir, melalui tempoh enam bulan tanpa sebarang perlawanan.

"Saya rasa dia sangat jelas dan layak untuk bermain corak permainan saya. Dia sangat teknikal dan memahami konsep bertahan dengan baik."