VALLADOLID 1 ATELTICO 2

Luis Suarez akan selamanya berterima kasih kepada Atletico Madrid kerana memberinya peluang untuk memimpin gelaran juara buat mereka selepas penggempur itu dilepaskan Barcelona.


Suarez pernah membintangi di Barca sejak dilamar daripada Liverpool pada 2014, namun kejayaannya selama enam tahun di Camp Nou berakhir dengan sekelip mata apabila dianggap sebagai bebanan kelab.

Lionel Messi tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan Suarez akhirnya terbukti menjadi duri dalam daging buat kelab Catalunya berkenaan dalam perebutan gelaran.

Atleti mengesahkan mahkota LaLiga ke-11 mereka hasil gol penyerang itu, awal pagi tadi, untuk kemenangan 2-1 ke atas Real Valladolid, sekali gus kemenangan Real Madrid ke atas Villarreal sudah tidak lagi relevan.

Dalam wawancara emosional dengan Movistar, Suarez yang mengumpul 21 jaringan musim ini menjelaskan dia terhutang budi kepada Atleti.

"Situasi yang saya alami pada musim panas lalu adalah sukar, saya dipandang rendah," kata pemain berusia 34 tahun itu.

"Barca tidak menghargai saya dan Atletico membuka pintu untuk saya terus membuktikan sentuhan. Saya akan sentiasa berterima kasih kepada kelab ini kerana mempercayai saya."

Atleti memenangi empat daripada lima pertemuan dengan seteru LaLiga berkenaan menjelang sepak mula, tetapi Valladolid -- kekalahan itu mengesah mereka ke divisyen kedua -- terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi gol Oscar Plano pada minit ke-18.

Namun, gerakan solo menarik Angel Correa -- terlibat dalam gerakan gol buat kali ke-20 sepanjang 2020-21 -- selepas 10 minit keluar dari bilik persalinan mengimbangi kedudukan disusuli penyerang Uruguay itu menghukum kesilapan hantaran Michel.




Ini trofi kelapan Simeone bersama Atleti dan gelaran LaLiga kedua. Dia muncul pengurus ketiga yang memimpin kelab itu ke dua kejayaan liga, sementara tiada pengurus Los Colchoneros lain yang lebih berjaya daripadanya dalam soal trofi.

Marcos Llorente turut memainkan peranan besar musim ini apabila mencatatkan 13 gol dan 12 bantuan jaringan.

"Kami kecewa," tambahnya.

"Ia musim yang sangat sengit dengan banyak perlawanan. Ia sukar secara fizikal tetapi pada akhirnya kami meraih kemenangan penting ini dan kami berjaya merangkul gelaran. Semangat berpasukan kami menjadi tunjangnya.

"Kami berasa sedikit gementar hari ini memandangkan ia adalah pertembungan penting, namun kami hanya mahu menang agar tidak perlu memikirkan keputusan membabitkan perlawanan lain. Pada waktu rehat, kami berjaya menenangkan diri dan kami kembali ke padang untuk mengubah kedudukan perlawanan."