Pengendali Barcelona, Luis Enrique, mengumumkan akan melepaskan jawatannya penghujung musim ini.

Pengendali berusia 46 tahun itu akan tamat kontraknya pada Jun ini, lantas mengesahkan tidak akan menandatangani sebarang pembaharuan atas alasan mahu berehat.

Dia pada awalnya dijangka meletakkan jawatan sebaik berakhir musim pertamanya di Camp Nou apabila dia membawa Barcelona mencapai kejuaraan berganda dengan memenangi LaLiga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara.

Luis Enrique mengesahkan berita itu selepas melakar kemenangan 6-1 ke atas Sporting Gijon semalam.