Hirving Lozano "memiliki kebolehan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL)", kata ketua jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio, yang menyokong penyerang PSV itu mampu membawa pasukannya jauh dalam saingan Piala Dunia.

Everton dan Arsenal telah dikaitkan dengan pemain berusia 22 tahun itu, yang menjaringkan gol buat Mexico bagi merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Jerman dalam aksi pembukaan Kumpulan F.

Lozano meledak 17 gol dalam 29 penampilan dalam saingan Eredivisie buat PSV bagi musim 2017-18 dan Osorio melihat dia memiliki kualiti untuk bersaing dalam liga yang lebih kompetitif.

"Sejak berhijrah ke PSV Eindhoven, saya berasakan dia telah meningkatkan mutu permainannya," kata Osorio.

"Dia seorang prospek yang luar biasa.

"Kepantasan dan kebolehannya untuk memintas pemain lawan memberikan kepercayaan kepada saya bahawa dia mampu menjadi pemain yang lebih berkualiti dan saya berharap Lozano akan meneruskan momentum ini.

"Dengan kebolehannya itu, dia mampu bermain dalam mana-mana liga dan negara sekalipun.

"EPL mungkin menjadi destinasi terbaiknya."