Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low telah mengetepikan pembicaraan mengenai pemain 'kelas dunia', Toni Kroos, yang akan mengundurkan diri daripada bola sepak antarabangsa selepas tamat Kejuaraan Eropah tahun ini.

Pemain tengah Real Madrid, Kroos, menarik diri daripada skuad Jerman pada permulaan awal minggu lalu, menjelang aksi kelayakan Piala Dunia.

Skuad kendalian Low memungut mata maksimum dalam dua perlawanan pertama Kumpulan J bertemu Iceland serta Romania dan dijangka akan melakukan hatrik ketika bertemu Macedonia Utara esok.

Kroos merupakan pemain paling berpengalaman skuad Die Mannschaft -- yang ke-10 terbanyak secara keseluruhan -- selepa beraksi 101 sejak debut bersama Jerman pada 2010.


Laporan baru-baru ini menyatakan bahawa Kroos bakal menamatkan kariernya di peringkat antarabangsa setelah final Euro 2020, tetapi Low belum bersedia untuk melepaskan pemain tengah itu.

"Itu adalah isu media," katanya. "Toni adalah pemain bertaraf dunia dengan banyak pengalaman. Kami tidak akan meragui kualitinya."

Low juga memuji 'peningkatan' yang dibuat oleh Leroy Sane sejak seminggu yang lalu.

Penyerang Bayern Munich itu membuat tiga hantaran penting menentang Romania -- sama dengan Serge Gnabry untuk Jerman.

Low sangat kagum dengan sumbangan pertahanan pemain berusia 25 tahun itu.

"Dalam dua perlawanan terakhir, Leroy mengalami saat-saat yang sangat baik dalam pertahanan," kata Low. "Dia memenangi empat atau lima bola menentang Romania dan beberapa lagi menentang Iceland.

"Kamu belum pernah melihatnya sebelumnya. Dia membuat langkah ke hadapan."