Pertahanan Liverpool, Dejan Lovren, mempersoalkan pendekatan Manchester United dan berikrar bahawa pasukannya akan menyerang di Old Trafford.

United dan Liverpool akan bertemu esok dalam aksi penting di antara penghuni tangga kedua dan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mereka telah seri dalam empat pertemuan yang lalu, termasuk keputusan seri 0-0 pada Oktober tahun lalu yang membawa kepada gaya permainan United yang pasif di bawah kendalian Jose Mourinho.

Lovren mengingatkan semula mengenai pendekatan United pada awal musim ini dan dia berminat untuk menyaksikan mereka mengulangi perkara yang sama di laman sendiri.

"Ia akan menjadi satu cabaran yang sukar. Kali terakhir kami di sini, mereka bertahan sebaik mungkin dan kami mahu melihatnya dilakukan sekali lagi," kata Lovren.

"Mereka memerlukan mata. Buat United, mereka mungkin perlukan satu mata tetapi Liverpool tidak pernah bermain untuk seri.

"Kami akan memberikan yang terbaik. Kami akan mengulangi persembahan seperti dalam aksi-aksi sebelum ini," katanya lagi.