Loftus-Cheek pasang niat beraksi di Russia

Penulis Jemputan
November 11, 2017 00:29 MYT
Ruben Loftus-Cheek berasakan penampilan sulungnya untuk England ketika bertemu Jerman merupakan proses pembelajaran buat dirinya dan dia kini meletakkan sasaran untuk mendapatkan tempat ke Piala Dunia Russia 2018 pada musim panas akan datang.
Pemain berusia 21 tahun itu merupakan antara lima pemain The Three Lions yang membuat penampilan sulung dan Loftus-Cheek telah memberikan persembahan terbaik selepas diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.
Mengambil peluangnya sebaik mungkin bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jordan Henderson dan Dele Alli, Loftus-Cheek kini merancang untuk terus mengekalkan persembahan terbaik bagi mendapatkan tempat beraksi di Russia.

Loftus-Cheek with double nutmeg tho #ENGGER pic.twitter.com/WVdiWrUXgG

— FN (@Footballuno) November 10, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Penampilan sulung ini boleh menjadi lebih baik -- jika kami menang, ia merupakan satu keputusan yang sangat cemerlang," katanya.
"Ia merupakan satu perlawanan yang sukar berdepan Jerman. Ia merupakan satu pertembungan penuh dengan taktikal. Saya sememangnya telah banyak belajar dalam perlawanan ini.
"Pemain-pemain lain turut beraksi dengan cemerlang. Saya berjaya menyesuaikan diri dan mereka telah memberikan peluang untuk saya mempamerkan aksi yang terbaik.
"Untuk ke Piala Dunia, musim masih lagi panjang dan saya berharap untuk terus memperbaiki kualiti permainan sehingga penghujung musim ini," ujarnya.