Liverpool mendapat cepuemas sebaik mengesahkan khidmat Jurgen Klopp sebagai pengurus, menurut bekas pemain tengah Arsenal dan Chelsea, Cesc Fabregas.

Klopp tiba di Anfield pada musim 2015-16 dan memimpin kelab itu ke final Piala Liga Inggeris (EFL) dan Liga Europa dengan kedua-duanya berakhir dengan kekalahan.

Satu lagi kekalahan yang menyakitkan berlaku dalam final Liga Juara-Juara (UCL) 2017-18, tetapi 12 bulan kemudian The Reds bangkit mengalahkan Tottenham untuk dinobatkan sebagai juara Eropah buat kali keenam.

Liverpool menduduki tempat kedua di Manchester City dalam Liga Perdana tahun lalu tetapi meninggalkan pasukan bimbingan Pep Guardiola itu dengan jurang 25 mata sebelum musim ini ditangguhkan kerana penularan wabak koronavirus baru (Covid-19).


Fabregas, pemenang Piala Dunia bersama Sepanyol pada 2010, gemar melihat perkembangan skuad dari Merseyside itu mendapat sentuhan pengurus berbangsa Jerman yang ramah tersebut.

Menjawab soalan di T&A Twitter, Fabregas menulis: "(Liverpool adalah sebuah) kelab luar biasa yang mendapat cepumas dengan mengikat Klopp serta memberikannya pemain dan masa yang tepat untuk membentuk sesuatu yang sangat istimewa."

Pemain tengah Monaco itu menjawab beberapa soalan termasuk satu soalan mengenai perkara yang paling banyak mengajarnya dalam karier selama ini.

"Saya fikir ia berlaku dalam masa dan untuk alasan yang berbeza (bukan hanya bola sepak). Saya akan mengatakan Wenger dan Conte," jawabnya.

"Arsene secara teknikal dan Conte secara mental selain dia juga menjadikan saya seorang pemain yang saya sendiri tidak sangka boleh menjadi seperti itu."

Fabregas juga menamakan Thierry Henry, Lionel Messi, Eden Hazard dan Radamel Falcao sebagai pemain terbaik yang pernah beraksi disampingnya di Arsenal, Barcelona, ​​Chelsea dan Monaco.