Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi, melakukan penampilan pertama bersama kelab Australia, Newcastle Jets, selepas diturunkan sebagai pemain gantian dalam perlawnan A-League menentang Sydney FC sebentar tadi.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu dimasukkan pada minit ke-85 bagi menggantikan Angus Thurgate, lima minit selepas pasukannya ketinggalan 1-2.

Krasniqi sah bergelar pemain naturalisasi negara awal bulan lalu sebelum dipinjamkan Johor Darul Ta'zim (JDT) kepada kelab Australia itu beberapa hari kemudian.

Setakat 12 perlawanan musim ini, Newcastle Jets berada di tangga ke-11 daripada 12 pasukan A League dengan 11 mata manakala Sydney FC, yang berkelebihan satu perlawanan dalam tangan, di tangga ketiga dengan 18 mata.


FULLTIME | ?

Posted by Newcastle Jets on Friday, 12 March 2021