Messi dijangka tidak aktif klausa tinggalkan Barcelona

Shaiful Shamsudin
Jun 2, 2020 01:16 MYT
Lionel Messi akan kekal di Barcelona setidak-tidaknya sehingga 2021 sejurus kontraknya tamat, menurut beberapa laporan.
Pemenang Ballon d'Or enam kali itu memiliki syarat tertentu dalam perjanjiannya yang akan berakhir musim depan apabila dia akan dibenarkan meninggalkan Barca secara percuma pada akhir kempen ini.
Namun, menurut laporan yang semakin hangat, ketua pasukan Argentina itu belum mahu memuktamadkan pilihan berkenaan di sebalik ia perlu diaktifkan dengan hujung minggu ini merupakan tarikh akhir.
Kapten Barca itu kini akan memasuki musim ke-17 dalam kariernya di Camp Nou.

The Greatest Of All Time. ?#Messi @FCBarcelona #OnThisDay #StayHome pic.twitter.com/9aOy4XboBN

— LaLiga English (@LaLigaEN) April 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Situasi perjanjian Messi dengan juara LaLiga itu yang akan tamat semakin hangat diperkatakan sejak Februari lalu selepas Pengarah Sukan Barca, Eric Abidal, menuduh barisan skuad berkenaan tidak berusaha cukup kuat sehingga mendorong pemecatan pengurus, Ernesto Valverde, dipecat.
Mac lalu, pemain berusia 32 tahun itu -- yang rela gajinya dipotong sebanyak 70 peratus bagi menangani krisis COVID-19 -- mengkritik ahli lembaga pengarah kelab berkenaan kerana sering meletakkan pemain dalam perhatian selain memberi tekanan kepada mereka walaupun jelas pemain sedia berkompromi mengenai isu gaji.
Manchester City dan Inter dilaporkan memantau situasi Messi di Camp Nou namun April lalu dia menegaskan khabar angin bahawa dia akan berkelana ke Serie A merupakan "berita palsu".
Messi muncul sebagai penjaring terbanyak Barca dan Presiden, Josep Maria Bartomeu, berhasrat untuk melanjutkan kontraknya.
Penyerang itu kini memburu trofi yang ke-35 bersama gergasi Catalan tersebut sebaik sebaik LaLiga disambung semula 11 Jun ini.
Barca sedang memimpin saingan menerusi dua mata di depan Real Madrid dengan baki 11 perlawanan sambil akan membuat perhitungan dengan Napoli dalam pertemuan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL ) yang dijangka berlangsung Ogos depan.
#Barcelona #Lionel Messi #.